TENTANG KAMI

KESEJAHTERAAN ANDA, KOMITMEN KAMI

Gene Express percaya sains genetik dan genomik berpotensi meningkatkan kualiti kehidupan.

Kami berusaha membantu insan memahami DNA dan genom mereka dengan mendalam melalui teknologi genetik dan genomik yang dianalisis oleh pakar kami. Melalui perkhidmatan genetik ini, kami akan merungkai potensi gen anda melalui laporan DNA peribadi yang membantu anda memilih cara terbaik untuk meningkatkan tahap kesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidup.

VISI KAMI

Meningkatkan kehidupan melalui sains genetik dan genom.

MISI KAMI

Berkongsi akses maklumat genom agar dapat membantu insan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan serta mencapai sepenuhnya potensi diri.

NILAI UTAMA KAMI

Amanah

Kami menghormati amanah yang diberikan oleh pelanggan.

Kualiti

Kami gigih berusaha memenuhi harapan anda, mencapai kejayaan tiada bandingan dan menjaga kualiti kerja pada setiap masa.

Integriti

Kami berpegang kepada standard etika dan integriti yang tinggi.

KAKITANGAN KAMI

Pengurusan

Our team profile picture

Falko Leonhardt

Ketua Pegawai Eksekutif

Falko Leonhardt mempunyai kerjaya amper ional di pelbagai wilayah selama amper tiga dekad dalam Pembangunan Perniagaan, Pemasaran Strategik dan Transformasi Strategik. Beliau memudahkan pertumbuhan dan perubahan agar organisasi dapat berdaya saing, lincah dan cemerlang dalam perkhidmatan.

Sains

Our team profile picture

Dr. Koh Chong Lek

PhD (University of London), DIC (Imperial College), FASc, FMSA
Ketua Pegawai Saintifik

Perintis kajian genetik terkemuka di Malaysia dengan 50 tahun pengalaman dalam bidang biologi molekul dan genetik. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Sains & Teknologi MTSF 1996 dan Anugerah Applied Biosystems 2001.

Sains

Our team profile picture

James Brown

BSc
Pengarah Nutrigenomik

James mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun sebagai pakar nutrisi sukan dan prestasi. Beliau mempunyai ijazah dalam nutrisi dan nutrigenomik.

Sains

Our team profile picture

Christopher Collins

MSST, CISSN
Ketua Fisiologi

Chris adalah jurulatih, penyelidik, dan ahli terapi berpengalaman. Beliau membahagikan waktunya antara Perkhidmatan Kesihatan Nasional dan penyelidikan kesihatan komersial.